PELUMBA pasukan Bad Lab Honda KC Racing, Md Farish Iqmal akui pada mulanya sukar mencari setup jentera yang terbaik untuk saingan di Litar Teluk Intan.

Namun, Farish berjaya mendapatkan rentak dan cuba membiasakan diri, sebelum akan lebihkan lagi usaha untuk mendapat masa yang lebih baik.

“Saya berharap kedudukan pertama di grid akan membantu saya mencapai keputusan yang baik di sesi perlumbaan akhir nanti,” katanya.

Rakan sepasukannya Adib Hareez mencatatkan masa kedua terpantas pada 51’241s.

Md Adib Arsyad dari pasukan Yamaha Estremo 27 Racing mencatatkan masa ketiga terpantas pada 51’295s.

Pada sesi kelayakan petang Sabtu, Farish mencatatkan masa terpantas bagi pusingan keenam, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang telah berlangsung di Litar Teluk Intan.

Farish Iqmal berjaya memperbaiki catatan masanya dan tampil dengan masa yang lebih baik pada 51’069s.

Pada tahun 2019, sesi kelayakan yang berlangsung di litar ini, Farish beraksi di kategori Honda Dash 125 Challenge dengan mencatatkan masa terdua terpantas pada 1’00:573s.

Di perlumbaan akhir, dia mendapat tempat kedua dan situasi ini jelas menunjukkan Farish agak memahami litar ini walaupun tidak berlumba selama tiga tahun, tetapi masih mampu menguasai litar ini dengan catatan masa yang baik.