PELUMBA pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz meraih kemenangan sekali gus mengesahkan kedudukan sebagai pasukan terbaik keseluruhan CP150 musim ini.
Dalam pelumbaan akhir pusingan kelapan, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Bandar Medini Iskandar, Akid Aziz memulakan perlumbaan dari petak grid pertama diikuti oleh Azroy Hakeem di petak grid kedua dan Afif Amran di petak grid ketiga.
Akid berjaya mengekalkan momentum sebelum meluru ke garisan penamat dengan catatan masa 14’29:313s.
“Litar ini agak mencabar bagi saya. Banyak yang harus di perbaiki. Dari segi jentera, memang tiada masalah kerana jentera saya dalam keadaan yang bagus.
“Tetapi, untuk catch-up dan mengekalkan kelajuan secara konsisten agak sukar di litar ini kerana ada banyak selekoh yang sempit. Litar ini agak teknikal dan juga tidak begitu rata. Di perlumbaan tadi, saya dah agak yang saya akan fight dengan dua tiga orang pelumba tetapi saya tidak sangka saya dapat menamatkan perlumbaan di tempat pertama tanpa sebarang gangguan daripada pelumba-pelumba lain.
“Saya memang sedar yang Azroy semakin dekat dan pantas. Saya pun kurangkan kelajuan pada lap terakhir untuk mengelak sebarang kesalahan,” katanya.
Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 14’30:938s. Md Iqbal Amri dari pasukan GIVI Tekhne Yamaha mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 14’33:707s.