KEJUARAAN Petronas MAM Malaysian Cub Prix bakal memulakan musim dengan penuh semangat, khususnya dengan pelarasan baharu untuk setiap pelumba.
Saingan yang sengit dapat dirasai di Litar Jasin Bestari, Melaka pada Sabtu, menjadikan litar ini sebagai venue pembuka tirai buat kali kedua sejak diperkenalkan dalam Kalendar Cub Prix pada 2017.
Momen yang paling mencuit hati adalah siri jelajah Cub Prix yang telah berkonvoi hampir ke seluruh negeri Melaka bagi mempromosikan Cub Prix Jasin. Sambutan yang hangat dari penduduk tempatan serta kerjasama erat, terutamanya dari pihak Majlis Perbandaran Jasin, telah memberi dorongan yang besar.
Jasin, yang dipilih sebagai venue saingan pertama Kalendar Cub Prix pada tahun 2019, terletak berhampiran jalan utama. Ia menyebabkan kawasan perlumbaan sentiasa dipenuhi peminat sukan permotoran, terutamanya dari Melaka dan Johor, untuk menyaksikan aksi-aksi menarik di antara pelumba-pelumba terbaik negara.
Permulaan yang positif sangat penting bagi setiap individu dalam mengejar kejayaan. Bagi mereka yang memulakan sesuatu yang baru, keinginan untuk bermula dengan baik adalah amat kuat.
Dengan permulaan yang baik di Litar Jasin, pelumba-pelumba pasti akan mendapat dorongan dan motivasi yang tinggi untuk terus berprestasi dalam saingan-saingan seterusnya.
Jumpa di Jasin !!