PELUMBA muda pasukan SIC Racing, Syarifuddin Azman menamatkan saingan keseluruhan di kedudukan podium dalam perlumbaan Finetwork FIM JuniorGP di Catalunya, Sepanyol pada Ahad.

Malah Syarifuddin atau nama panggilannya Damok turut meraih tempat kedua sebanyak dua kali di Pusingan 3 dengan catatan 29:39.669s.

Ini adalah kejayaan pertamanya di podium sejak kemenangannya di Barcelona pada 2021.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini, dua piala ini untuk anda semua rakyat Malaysia,” ujar pelumba berusia 20 tahun itu.

Juara milik Jose Rueda dari Team Estrella Galicia 0,0 yang melakukan kepantasan (29:31.508s) manakala tempat ketiga disandang oleh Filippo Farioli (Pasukan Junior Aspar), 29:40.094s.

Pusingan 4 akan diadakan di Litar de Jerez Angel Nieto yang terkenal di dunia pada awal Julai depan, juga di Sepanyol.