BEKAS pemain AS Roma, Daniele De Rossi telah dilantik sebagai jurulatih baharu kelab tersebut hanya beberapa jam selepas Jose Mourinho dipecat.
Keputusan untuk mensisihkan Maurinho terjadi apabila Roma berada di kedudukan kesembilan Serie A selepas tewas 1-3 kepada AC Milan.
“AS Roma dengan senang hati mengumumkan bahawa Daniele De Rossi telah dilantik sebagai ketua jurulatih sehingga 30 Jun 2024.
“Setelah 18 tahun berkarier bersama AS Roma, De Rossi akan kembali ke kelab ini sebagai jurulatih dengan perlawanan pertamanya adalah pada aksi Serie A menentang Verona pada Sabtu di Stadium Olimpico,” kata kelab Serie A itu dalam sebuah kenyataan.
Untuk rekod, De Rossi,40, pernah mendahului pentas Piala Dunia bersama Itali pada 2006 tetapi sayangnya dalam waktu hampir dua dekad sebagai pemain Roma, beliau hanya memenangi dua trofi iaitu Piala Itali dan Piala Super Itali 2007.
Sementara itu, pengalaman sebagai jurulatih di SPAL yang hanya bertahan empat bulan selepas pasukan itu diturunkan ke peringkat ketiga Serie C telah mendukung dirinya untuk mengurus pasukan Roma pada musim ini.