BEKAS pemain skuad Bawah 23 tahun Paraguay, Danilo Santacruz dikhabarkan bakal memperkuatkan Selangor FC mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2023.
Lahir pada 12 Jun 1995, pemain yang memiliki ketinggian 1.77 meter mampu beraksi sebagai pemain sayap dijangka bergandingan dengan Faisal Halim serta mengisi kekosongan ditinggalkan Herlison Caion.
Memulakan karier profesional pada 2014-2018 bersama kelab Libertad sebelum menyertai kelab Nacional dalam Liga Paraguay.
Berdasarkan carian menerusi wikipedia, Selangor FC telah menjadi kelab baharu Santacruz bagi musim 2023.
Ketika ini Gergasi Merah Kuning telah membawa masuk pemain tengah pasukan kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh untuk bersama-sama Yazan Al-Arab, Hein Htet Aung, Richmond Ankrah, Alex Agyarkwa yang dikekalkan.
Bagi pemain tempatan pula, Selangor FC berjaya mendapatkan khidmat Ruventhiran, Khuzaimi Piee dan Faisal Halim.