SEPANYOL tidak menunggu lama mencari pengganti Luis Enrique, apabila menamakan Luis de la Fuente sebagai jurulatih baru skuad kebangsaan La Roja itu.
Fuente dinamakan sebagai jurulatih baharu tidak lama selepas Luis Enrique dipecat susulan kegagalan pasukan terbabit di Piala Dunia Qatar.
Persekutuan Bola Sepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan kenaikan pangkat jurulatih bawah 21 tahun pasukan itu, dua hari selepas La Roja tersingkir di pusingan 16 terbaik.
“RFEF memilih Luis de la Fuente sebagai jurulatih baharu Sepanyol.
“RFEF sudah membentangkan laporan kepada presiden sambil mencadangkan projek baharu perlu dimulakan untuk pasukan kebangsaan Sepanyol dengan matlamat untuk meneruskan pencapaian yang dilakar sejak beberapa tahun kebelakangan ini hasil usaha yang dilaksanakan Luis Enrique dan staf kejurulatihannya,” kata RFEF dalam satu kenyataan.
💫"Todos los días pienso en mis padres, que me ven desde arriba".
👏Así es Luis de la Fuente, el nuevo seleccionador de España.
👉Recordamos su entrevista con @JulioSuarezTV en #ChiringuitoSelección. pic.twitter.com/D3IbuXDokA
— El Chiringuito TV (@elchiringuitotv) December 9, 2022
Fuente berjaya membimbing skuad bawahh 19 tahun (B-19) menjulang Kejohanan Eropah B-19, Euro B-21, dan pingat perak Sukan Olimpik Tokyo.
Sepanyol dikejutkan dengan kekalahan di tangan Maghribi menerusi penentuan penalti selepas terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan, awal pagi Selasa lalu. – AFP
ARTIKEL BERKAITAN : Luis Enrique letak jawatan ketua jurulatih Sepanyol