Foto: MSDEAF

ATLET Karate Pekak negara, Yilamaran Vispalinggam menjadi wira negara selepas merangkul pingat perak di final dalam acara Kumite -84 kilogram pada Deaflimpik 2021 yang berlangsung di Brazil.

Dalam percubaan untuk meraih pingat emas Yilamaran,22, terpaksa akur tumpas di tangan atlet karate senior Ukraine, Makhno Oleksanr berumur 32 tahun yang juga adalah pemenang pingat Perak Deaflympic Samsun, Turki tahun 2017 lalu dalam kategori yang sama.

Pada sebelah pagi Yilamaran dalam laluannya ke final berjaya menumpaskan atlet karate Brazil, Israel (suku akhir) dan atlet Iran (separuh akhir) sebelum bertemu Makhno Oleksanr di final.

Ketua Kontinjen Pekak Negara, Ong Shin Ruenn yang turut hadir menyaksikan perlawanan akhir bersejarah itu berkata dia amat berbangga dengan pencapaian Yilamaran kerana ini adalah penyertaan sulung atlet karate tersebut di Sukan Deaflympic ini.

Dengan kenangan pada hari pertama kontinjen Pekak negara beraksi di Deaflympic Brazil kontinjen negara berpeluang menambah lagi jumlah kutipan pingat menerusi sukan lain iaitu badminton, basikal dan olahraga.