PENGENDALI Negeri Sembilan FC K.Devan kecewa dengan keputusan perlawanan apabila gagal mengekalkan rentak kemenangan empat perlawanan berturut-turut namun gembira dengan prestasi yang baik ditunjukkan barisan pemainnya.
Dia juga menyatakan jika Negeri Sembilan FC mendapat sekurang-kurangnya satu dia lebih gembira kerana para pemainnya menunjukkan semangat luar biasa untuk memburu gol penyamaan.
“Kami gagal mengekalkan rentak kemenangan meskipun kami mempunyai tiga hingga empat peluang untuk menjaringkan gol tetapi kami kurang tajam dan kegagalan disiplin ketika bertahan menyebabkan kita dibolosi.
Tamat perlawanan, KL City FC 1 – 0 Negeri Sembilan FC.
Kito buek balik lopeh ni 💪💪#KLCNSE#NSFC#HobinJangHobin pic.twitter.com/0WuD4PEila
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) August 18, 2022
“Kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua dan berjaya mencipta beberapa peluang yang sepatutnya menghasilkan gol tetapi bukan rezeki kami pada malam ini. Kami juga berjaya menekan KL City sehingga minit terakhir dan jika kami mendapat satu mata saya akan lebih gembira.
“Saya kecewa dengan keputusan tetapi gembira dengan prestasi yang ditunjukkan pemain terutama apabila saya perlu melakukan penggiliran pemain kerana jadual yang begitu padat.
“Meskipun kami melakukan rotasi, namun ianya tidak menggangu corak permainan kami,” kata Devan dalam sidang media selepas perlawanan.
Kekalahan itu menyaksikan empat rekod kemenangan berturut-turut skuad Jang berakhir dan mereka juga terlepas peluang untuk memintas Sabah ke tangga kedua Liga Super.