PENERJUN wanita negara, Nur Dhabitah Sabri tidak berdepan masalah untuk ke peringkat akhir acara tiga meter papan anjal individu selepas menduduki tempat kelapan daripada 12 peserta di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.
Berbekalkan pengalaman di peringkat kelayakan, Dhabitah berjaya mengumpul 286.95mata sekaligus mengatasi catatan yang dilakukan semalam selepas melakukan lima terjunan untuk layak ke final bersama 12 peserta yang lain
Dhabitah mencatat 67.50 mata pada terjunan pertama, diikuti 55.50 mata pada terjunan kedua, 46.50 mata di terjunan ketiga dan 57.00 mata untuk terjunan keempat sebelum mengakhiri saingan dengan 60.45 mata pada terjunan terakhir.
Dhabitah kini berpeluang menambah kutipan pingat buat Kontinjen Malaysia namum terpaksa berhadapan cabaran sengit terutama daripada dua penerjun China serta Australia
Penerjun China, Chen Yiwen kekal mengungguli saingan dengan catatan 360.85 mata dengan penerjun Australia, Keeney Maddison di tangga kedua dengan 334.70 mata Chiara Pellacani ketiga dengan 324.75 mata.
Acara akhir akan berlangsung di Pusat Akuatik Saint-Denis bermula jam 9 malam waktu Malaysia pada Jumaat.