ADA kisah duka disebalik kemenangan 3-1 Indonesia ke atas Curacao dalam aksi perlawanan FIFA di Stadium Gelora Bandung Lautan Api, Bandung pada Sabtu.

Salah seorang pemain kebangsaan Indonesia, Saddil Ramdani mengalami musibah apabila telefon bimbitnya pecah.

Pemain Sabah FC itu masuk di babak kedua menggantikan Egy Maulana Vikri.

Gol-gol kemenangan Garuda diciptakan oleh Marc Klok (minit ke-18), Fachruddin Aryanto (22′), dan Dimas Drajad (56′).

Dua gol Curacao dihasilkan oleh Rangelo Janga (7′) dan Juninho Bacuna (24′).

Tidak diketahui punca telefon bimbit Saddil Ramdani pecah.

Namun apa yang jelas, bencana itu amat merugikan Saddil.

“Telefon bimbit saya mati, saya pening,” katanya di Insta Story.

Walaupun dilanda musibah, persembahan Saddil pada pusingan kedua menentang Curacao mendapat pujian Tae-yong.

Prestasi Saddil diakui Tae-yong semakin merosot kerana Liga Malaysia yang sedang berehat dari pertandingan.

Bagaimanapun, jurulatih asal Korea Selatan itu tetap berpuas hati dengan persembahan Saddil.

“Saya memang merancang untuk memasukkan Saddil pada separuh masa kedua.

“Dia bermain dengan baik dan mengikuti permainan dengan baik,” katanya dipetik dari BolaSport.com.

Skuad kebangsaan Indonesia akan bertemu semula dengan Curacao pada Selasa di Stadium Pakansari, Bogor.