BEREGU lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mempamerkan prestasi yang baik ketika mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas menumbangkan wakil tuan rumah, Chen Zhi Yi-Presley Smith di pusingan kedua.

Pada aksi yang berlangsung di Mid-America Center di Council Bluffs, Iowa, pilihan ketiga kejohanan itu tidak diberi laluan mudah apabila tewas set pertama kepada pasangan AS, 20-22.

Tersentak dengan kejutan yang dihadirkan gandingan tuan rumah, Sze Fei-Izzuddin bangkit untuk memenangi dua set berikutnya, 21-13, 21-19 dalam aksi selama 47 minit.

Menanti Sze Fei-Izzuddin di suku akhir esok adalah pasangan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming-Tse yang turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan wakil England, Rory Easton-Zach Russ straight set 21-16, 21-15.