BEKAS penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Diogo Luis Santo kini hangat dikatakan bakal pulang ke Liga Malaysia.

Sebelum ini, pemain berpengalaman itu  sudah pun beraksi di Malaysia bersama skuad Harimau Selatan namun kembali menyertai Thailand kemudiannya.

Biarpun begitu, hubungan penyerang berusia 35 tahun itu sedikit dingin bersama majikannya selepas beliau dilihat kerap kali memanaskan bangku simpanan.

Diogo membuat satu pengumuman menerusi Instagramnya dengan menyatakan bahawa kontraknya telah pun ditamatkan oleh kelab serta-merta.

 

 

JDT sudah pun membuat pengumuman rasmi bahawa kelab akan membawa masuk empat muka baharu dengan seorang pemain tempatan dan tiga pemain luar negara jadi buruan mereka.

Namun begitu, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan mana-mana pemain yang dimaksudkan oleh JDT walaupun nama-nama seperti bekas bintang Barcelona, Gerard Pique turut dikaitkan ke kelab selatan tanah air ini.