FOTO KREDIT :  Reuters

LINANGAN air mata dititiskan bintang tenis Switzerland, Roger Federer dan musuh ketat sepanjang zamannya, Rafael Nadal dari Sepanyol terus mendapat perhatian seluruh dunia sejak Jumaat lalu.

Kedua-duanya menangis, tidak dapat menahan sebak sebaik menamatkan perlawanan beregu lelaki yang menyaksikan kedua-dua bintang itu bergandingan, pada Piala Laver, di Arena O2 London.

Gambar dan rakaman video dual agenda itu kelihatan menangis, menyebabkan seluruh arena berasa hiba.

Selain Nadal, Novak Djokovic (Serbia) dan Andy Murray (Btitain) juga pencabar utama Federer sepanjang kerjaya tenisnya, menyertai perlawanan meraikan persaraan bintang berusia 41 tahun itu,

“Sangat menyentuh perasaan dan cukup beremosi. Melihat ke arah anak-anak dan keluarganya (Federer), saya sendiri menjadi emosi.

“Saya mula membayangkan bagaimana saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada dunia tenis,” kata Djokovic.

Katanya, momen itu amat dicemburui dan dia mahukan momen sama, mahu keluarga dan insan-insan yang rapat dalam kehidupannya, mahukan pencabar terbesar dalam kerjayanya ada bersama ketika dia bersara.

Pemain berusia 35 tahun itu, ketinggalan satu gelaran major di belakang Nadal yang memegang rekod pemain tenis lelaki paling banyak meraih gelaran major (22).

Sementara itu, Nadal yang menangis di sisi Federer, menganggap sebahagian hal penting dalam dirinya turut hilang dengan persaraan bintang Switzerland itu.

“Satu penghargaan besar buat saya apabila diberi peluang terlibat dalam momen bersejarah ini, terutamanya selepas kami berkongsi banyak perkara sepanjang tahun bersaing bersama,” kata pemain tenis Sepanyol itu.

Nadal ketika ini mengumpul 22 gelaran Grand Slam, diikuti Djokovic 21 gelaran dan Federer 20 gelaran.

Sepanjang kerjaya tenis Federer, Nadal menjadi petualang terbesar apabila mereka direkodkan bertemu sesama sendiri sebanyak 40 kali.