BINTANG tenis No.1 Dunia Novak Djokovic tidak menolak kemungkinan untuk bertanding merebut emas Olimpik Los Angeles pada 2028 pada usia 41 tahun.

Pemenang Grand Slam 24 kali itu hanya berjaya meraih gangsa dalam empat perjalanan ke Sukan Olimpik, walaupun dia akan mempunyai satu lagi peluang untuk memperbaiki rekod pingatnya di Paris pada musim panas ini.

“Semuanya ada dalam kad, saya tidak tahu berapa banyak kad yang saya tinggal.

“Ia semakin sukar dan sukar tetapi saya masih meminati sukan ini dan masih bersaing di peringkat tertinggi.

“Saya masih nombor satu, jadi saya rasa pada masa ini saya mahu teruskan, terus mencuba untuk mencipta lebih banyak sejarah,” jelasnya.

Djokovic mencari gelaran keenam Indian Wells

Selepas Roger Federer bersara dan Rafa Nadal yang cedera dijangka akan menggantung raketnya pada akhir tahun ini, Djokovic berkata keadaan berbeza dalam jelajah tahun ini.

“Adalah sesuatu yang indah untuk sukan kami bahawa kami mempunyai saingan hebat yang menandakan dua dekad yang luar biasa.

“Dengan Roger bersara dan Rafa langsung tidak bermain, ia satu perasaan yang pelik.

“Saya cuba mencari saingan baharu dan saya mempunyai beberapa perlawanan hebat dengan (Carlos) Alcaraz dan (Jannik) Sinner kebelakangan ini, tetapi mereka masih kekal sebagai dua saingan terbesar yang pernah saya alami,” tambahnya.

Djokovic sedang memburu gelaran Indian Wells yang keenam selepas tidak dapat memasuki Amerika Syarikat sejak lima tahun lalu kerana sekatan perjalanan yang berkaitan dengan pandemik Covid-19