PEMAIN tennis dunia, Novak Djokovic mendedahkan lima malam yang dihabiskan di pusat tahanan Australia pada Januari akan tinggal bersamanya sepanjang hayatnya.
Pemain Serbia itu ditahan kerana memasuki Australia tanpa diberi vaksin Covid, menyasarkan gelaran perseorangan Terbuka Australia ke-10 di Melbourne bulan depan dan hanya boleh bermain selepas visa tiga tahunnya ditarik balik.
“Anda semua tidak boleh melupakan peristiwa itu. Ia sesuatu yang saya tidak pernah alami sebelum ini dan harapnya tidak ada lagi tetapi ia adalah pengalaman hidup yang berharga untuk saya dan sesuatu yang akan kekal di sana.
“Tetapi saya perlu meneruskan,” ujar Djkovic.
Walaupun meraih trofi yang besar, pemain berusia 35 tahun itu kelihatan gugup ketika bercakap di Australia Selatan dalam suhu sekitar 40°C untuk bermain di Adelaide International, acara pemanas badan untuk Terbuka Australia yang bermula pada 16 Januari.
Tambahnya lagi, apa yang berlaku kepadanya 12 bulan lalu bukanlah mudah untuk dirinya atau keluarga serta pasukan.
“Memang mengecewakan untuk meninggalkan negara seperti itu tetapi saya benar-benar berharap untuk mendapat kebenaran untuk bermain semula di Australia.
“Ia adalah negara di mana saya mendapat sokongan yang luar biasa. Saya sentiasa bermain tenis terbaik saya di sini,” tegasnya.
Djokovic, yang akan menyamai pungutan 22 gelaran perseorangan Grand Slam oleh Rafael Nadal dengan memperoleh gelaran di Melbourne.
“Melbourne dekat dengan hati saya. Apa yang berlaku tidak mudah untuk saya hadam tetapi saya terpaksa meneruskan dan keadaan itu tidak akan menggantikan apa yang saya ada di Melbourne dan Australia. Jadi saya datang dengan emosi yang positif,” ujarnya.