KAPTEN pasukan Go Ahead Eagles, Mats Deijl, kini selangkah lebih dekat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia selepas mengesahkan bahawa proses dokumentasi untuk naturalisasi sudah pun selesai.
Pengumuman ini dibuat oleh Deijl sendiri melalui satu sesi podcast yang dikongsikan di Instagram @sameneustijgerbalsem.
Menurut Deijl, segala dokumen yang diperlukan, termasuk sijil kelahiran datuknya yang berasal dari Malaysia, telah diterima oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
“Dokumentasi sudah selesai. Semua dokumen yang diperlukan telah saya tunjukkan dan mereka telah pun tiba di tangan pihak berwajib,” kata Deijl sambil menunjukkan bukti sijil kelahiran datuknya melalui telefonnya.
Menurut Deijl, dokumen tersebut kini berada dalam tangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tidak ada lagi halangan besar untuk dia memperoleh pasport Malaysia.
“Ya, mereka (FAM) sudah memiliki semuanya. Jadi, secara prinsipnya, semuanya sudah sedia,” tambahnya.
Apabila ditanya sama ada beliau akan bersedia untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa pada bulan Disember ini, Deijl menyatakan keinginan kuatnya untuk beraksi.
“Jika boleh, saya mahu. Saya rasa itu akan jadi sesuatu yang sangat hebat, tentu sekali,” jelasnya.
Mats Deijl, yang kini dalam proses akhir mendapatkan pasport Malaysia, dan berkemungkinan besar akan dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Malaya bagi perlawanan persahabatan menentang New Zealand dan pada FIFA Matchday Oktober ini.
Penyokong Malaysia kini hanya perlu menunggu perkembangan lanjut mengenai pasport Deijl yang dijangka akan membolehkannya menyertai skuad kebangsaan tidak lama lagi.
Proses ini berjalan dengan lancar, dan Deijl kini hanya menunggu pengesahan pasport Malaysia yang dijangka akan membolehkannya bermain untuk skuad Harimau Malaya.
Skuad Harimau Malaysia kini berada di kedudukan ke -132 dalam ranking FIFA dan akan terbang ke Auckland 14 Oktober ni untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan All Whites yang kini ranking ke-95 dunia.