KELAB Liverpool mengumumkan membeli pemain tengah Red Bull Leipzig, Dominik Scoboszlai pada harga £60 juta dalam perjanjian selama lima tahun.

Pemain Hungary itu secara rasmi telah menjadi pemain untuk kelab itu dan memakai jersi bernombor 8 ikonik yang merupakan simbolik dengan bekas pemain, Steven Gerrad sekali gus memikul cabaran dalam membangunkan semula kelab kendalian Jurgen Klopp.

Scoboszlai rasmi menjadi pemain Liverpool

Scoboszlai dilaporkan tiba di Merseyside pada Sabtu untuk menjalani saringan kesihatan dan menandatangani kontrak yang bermula pada Jun 2028.

Dengan perpindahan pemain berusia 22 tahun itu ke Liverpool, penyokong The Reds semestinya mengharapkan ‘wow factor‘ daripadanya ketika beraksi dan lebih cemerlang daripada pemain Naby Keita yang juga berpindah dari Bundesliga ke Anfield pada 2018.

“Perpindahan ini sangat bagus. Saya menikmati beberapa hari terakhir bersama kelab lama dan saya tidak sabar untuk memulakan langkah baru.

“Tiga atau empat hari terakhir berjalan dengan sangat lama dan ianya tidak mudah. Tetapi setelah saya berada di sini, saya gembira dan tidak sabar untuk memulakannya.

“Liverpool kelab yang sangat bersejarah, pemain yang sangat baik, jurulatih yang baik, semuanya baik. Bagi saya adalah sempurna untuk membuag langkah seterusnya di kelab seperti ini,” kata Scoboszlai dalam satu kenyataan di laman web rasmi Liverpool.

Tatto daripada Steven Gerrad yang terdapat di lengan Scoboszlai

Mengulas lanjut keputusannya yang memilih untuk memakai jersi nombor 8, dia mengeksperasikannya sempena menjadi peminat kepada bekas pemain The Reds, Steven Gerrad selain mempunyai tatu daripada legenda itu.

“Saya mempunyai tatu daripada Steven Gerrad yang menjadi sebab. Ketika saya masih kecil, sejujurnya saya tidak menonton bola sepak tetapi ketika itu saya menonton Liga Juara-Juara dan dia adalah salah satu pemain terbesar,” jelasnya.

Sementara itu, pengendali The Reds, Kloop mengakui teruja dengan perpindahan Scoboszlai ke kelabnya dan telah meneliti terlebih dahulu pergerakan permainan ketika perlawanan menentang RB Salzburg sekali gus dia menjadi prospek yang menarik.

Kloop membayar 60 juta pound untuk membeli Scoboszlai.

Kloop juga mengakui terdapat beberapa permainan yang sukar ketika menentang kelab itu dan Scoboszlai merupakan salah satu pemain yang beraksi ketika itu.

“Kami sudah mempunyai sedikit pengetahuan tentangnya sebagaj lawan. Saya cukup yakin dia masih remaja pada masa dan sejak itu dia membuat beberapa langkah besar.

“Dia melakukan dengan sangat baik di Bundesliga, bermain untuk pasukan kebangsaan Hungary dan kemudian menjadi kapten pasukan kebangsaannya pada usia yang sangat muda.

Scoboszlai ketika memenangi Piala Jerman.

Sebagai rekod, Scoboszlai pernah membantu Leipzig memenangi Piala Jerman setelah menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Frankfurt selain tampil dengan 10 gol dalam 46 penampilan di semua perlawanan dan juga mencatat lapan assist.