PENJAGA gawang Paris Saint-Germain (PSG) Ganluigi Donnarumma disambut dengan nota nombor 71 palsu yang dilemparkan oleh peminat AC Milan di San Siro dalam aksi Liga Juara-Juara, pada Rabu.
Perlawanan ini juga bermaksud, kepulangan semula Donnarumma ke laman sendiri bekas kelabnya.
Ultras AC Milan menyambut kepulangan Donnarumma dengan sindiran pedas. Mereka membaling wang palsu ke arah penjaga gol asal Itali itu.
Salah seorang ultras Curva Sud Milan, Banditi Curva Sud Milano, turut menyediakan wang palsu untuk dilemparkan ke arah Donnarumma. Mereka membungkus wang ‘Dollarumma’ ke dalam kotak yang diedarkan kepada peminat sebelum perlawanan bermula.
AC Milan fans throw fake money at Gianluigi Donnarumma in protest at him moving for the money 💰💸
‘Dolla-rumma’ 🤑 pic.twitter.com/SPwN4EDqVb
— LiveScore (@livescore) November 7, 2023
Nota ‘Dollarumma’ palsu mempunyai gambar wajah Gianluigi Donnarumma di hadapan dengan denominasi nombor 71. Nombor ini bermaksud ‘lelaki tidak bernilai’ dalam tafsiran mimpi tradisional “La Smorfia” yang berasal dari Naples, tempat kelahiran Donnarumma.
“Di luar stadium anda akan menemui peminat dengan wang palsu untuk memberi dia (Donnarumma) sambutan hangat. Terdapat arahan bagaimana wang ini akan digunakan… Kami akan mengumpul sedikit sumbangan untuk diperuntukkan kepada sekolah bola sepak supaya tidak membangunkan pemain-pemain seperti dia tidak bernilai,” tulis akaun Instagram Banditi Curva Sud di Insta Story.
Milan fans made their feelings towards their ex-goalkeeper Gianluigi Donnarumma clear by throwing fake bank notes at him during their clash vs PSG in the Champions League 💵
The notes had the number 71 on them which is significant of the Neapolitan tradition that translates to… pic.twitter.com/djSUDNKDmZ
— OneFootball (@OneFootball) November 7, 2023
Ultras AC Milan masih terluka dengan keputusan Donnarumma untuk meninggalkan kelab itu menyertai Paris Saint-Germain pada 2021. Penjaga gol berusia 24 tahun itu dilabelkan sebagai ‘orang wang’ kerana dia lebih suka gaji yang besar daripada kekal di kelab yang telah berjaya.
Donnarumma bukan sahaja disambut dengan kekecewaan peminat di San Siro, tetapi juga kekalahan. Dia dua kali mengutip bola dari gawangnya dalam perlawanan yang menyaksikan AC Milan menang 2-1 ke atas PSG.
Dua gol menentang Gianluigi Donnarumma dijaringkan oleh Rafael Leao dan Olivier Giroud. PSG hanya mampu menjaringkan gol menerusi Milan Skriniar.