TUNKU Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim mempersembahkan kek bersempena Ulang Tahun Keputeraan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah pada Isnin (14 Ogos).
Kejutan itu dibuat selepas mereka selesai menghadapi perlumbaan pusingan kelima GT World Challenge Australia di Queensland yang bermula 11 hingga 13 Ogos 2023.
Permaisuri kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu diputerikan pada 14 Ogos 1959 di Istana Raja Muda, Teluk Intan, Perak.
Menerusi akaun Instagram theroyaljohorstana, ucapan selamat hari lahir dititipkan oleh orang ramai yang mendoakan Permaisuri Johor dipanjangkan usia serta dirahmati Allah SWT.
Selamat menyambut ulang tahun Hari Keputeraan Raja Zarith Sofiah daripada kami di FLASH SUKAN.
Sementara itu, Tunku Abu Bakar yang mewakili pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) mencipta buku rekod apabila berjaya menempatkan di kedudukan pertamanya di petak pertama pada perlumbaan hari ini dengan masa 1:08.851.
Untuk rekod, Tunku Abu Bakar dengan Jamie Whincup berada di kedudukan ketiga saingan GT World Challenge Australia di litar lumba Sydney, 2 Ogos lalu.