DUA bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Fadhli Shas dan Syazwan Andik sah memperkuatkan Sri Pahang FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.

Fadhli yang merupakan tonggak utama Harimau Selatan hampir lapan musim dipinjamkan ke Melaka United sebelum pemain berusia 31 ini sah menyertai keluarga Tok Gajah dengan mengikat kontrak dua tahun.

Pernah menyarung jersi skuad muda dan senior kebangsaan, Fadhli membawa bersamanya pengalaman luas baik di pentas domestik mahupun antarabangsa dan pengalaman dimilikinya pastinya menjadi satu suntikan terbaik untuk posisi pertahanan. 

Syazwan beraksi bersama Sri Pahang FC selaku pemain pinjaman.

Turut menyertai Sri Pahang FC secara pinjaman adalah Syazwan Andik yang  musim ini bermain bersama Harimau Selatan.

Syazwan pemain bek sayap sah menyertai Sri Pahang secara pinjaman dari Johor Darul Takzim bagi musim 2023. 

Produk Harimau Muda berusia 26 tahun ini telah bersama JDT II sejak 2019 dan beraksi secara pinjaman bersama Melaka United pada musim 2022. 

Syazwan melihat Sri Pahang sebagai destinasi terbaik untuk mengembalikan prestasinya ke tahap terbaik dan kehadirannya diyakini memberi sengat tambahan di posisi pertahanan kiri.