SABAH FC kembali dalam persaingan mencabar perebutan kejuaraan Liga Super 2022 selepas membenam cabaran Melaka United 2-1 dalam aksi Liga Super 2022, sebentar tadi.
Pada pertemuan di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, pelawat membuka tirai menerusi gol di babak pertama oleh Ifedayo Omosuyi untuk meletakkan Melaka United di depan.
Namun, sepakan voli penyerang veteran The Rhinos, Amri Yahyah berjaya menyamakan kedudukan untuk Sabah FC dan sekali lagi memahat nama selaku penjaring dengan gol kemenangan pada masa kecederaan.
90+1′ GOL | Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan Sabah FC dengan gol kemenangan pada masa kecederaan!@SabahFCofficial 2-1 @MelakaUnitedFC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/qxwfHyQrGr
— #LigaMalaysia2022 (@MFL_MY) July 31, 2022
Seramai 10,192 penyokong tuan rumah yang hadir menyaksikan saingan ini pasti pulang ke rumah masing-masing dengan riak wajah penuh senyuman.
Sabah kini memungut 31 mata, selepas bermain 14 perlawanan hanya ketinggalan satu mata di belakang JDT yang berada di persada liga.