NAMA Liga Super Malaysia tiba-tiba menjadi sebutan di media sosial seluruh dunia apabila dua jaringan kelas dunia pada hari perlawanan LS8 berjaya mencuri tumpuan media antarabangsa.
Laman Twitter Copa90 yang berpangkalan di London dan mempunyai lebih 3 juta pengikut di seluruh dunia telah memuat naik gol ketiga Kuala Lumpur City FC jaringan Zhafri Yahya yang disamakan dengan gol pemain legenda West Ham United, Paolo DiCanio.
“We really hope he shouted ‘DI CANIOOO’ to himself as he hit this...,” ciap laman itu dengan video itu sudah menerima hampir 72,000 tontonan sejak dimuat naik jam 6 petang waktu Malaysia.
Satu lagi laman yang popular dengan pengikut di media sosial, SkySports Football yang juga berpangkalan di London turut memuat naik gol menakjubkan Fernando Forestieri ketika kemenangan dramatik JDT keatas Negeri Sembilan FC.
Forestieri yang pernah bermain di England bersama kelab Watford dan Sheffield Wednesday telah berjaya menarik perhatian laman itu untuk berkongsi di laman Twitter mereka dan kini sudah mencecah lebih 40,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.
🚀 STUNNING GOAL 🚀
Former Watford and Sheffield Wednesday striker Fernando Forestieri scores a 111th-minute thunderbolt in the Malaysia Super League! ⚡pic.twitter.com/PGxwKMAGKA
— Sky Sports (@SkySports) May 12, 2022
Dengan kemajuan teknologi dan dunia tanpa sempadan, ditambah dengan kualiti video yang dihasilkan untuk Malaysia Football League (MFL), lebih mudah untuk media antarabangsa memberikan pendedahan tentang liga tempatan kepada peminat bola sepak seluruh dunia.
Perkara-perkara ini akan membantu menaikkan nilai komersil liga dan akan dijadikan penanda aras buat pengelola liga untuk menjual Liga Malaysia ini sebagai produk yang memberi pulangan kepada pelaburan.