PELAKON popular Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney membayar $2.5 juta untuk membeli kelab ketiga tertua di dunia, Wrexham AFC dan berjaya menukarkan imej kelab bawahan ini kepada lebih dikenali dunia dan menjana lebih pendapatan tanpa menggangu tradisi kelab.
Meskipun Wrexham AFC kini bersaing dalam Divisyen 5 Piramid Liga Bola Sepak Inggeris dan tidak mempunyai peluang untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris, namun dia ikon Hollywood ini berjaya mengubah nasib kelab itu dengan cara pemasaran yang cukup genius.
Pertama, pelaburan warga Amerika dalam bola sepak Inggeris bukanlah perkara baharu dengan separuh daripada kelab di Liga Perdana Inggeris dimiliki oleh pemilik Amerika termasuk Chelsea, Manchester United, Arsenal, Liverpool dan banyak lagi dengan pendedahan yang lebih secara global sekaligus meningkatkan hak penyiaran.
Mengapa Ryan Reynolds dan Rob McElhenney membeli Wrexham AFC, sebuah kelab yang terletak 40km dari Liverpool Manchester? Ianya bukan kerana mengejar slot ke Liga Perdana Inggeris tetapi ianya lebih kepada genius dalam pemasaran dan penceritaan kreatif.
Wrexham AFC dimiliki oleh penyokong dan Reynolds dan McElhenney bertemu dengan lebih 2,000 penyokong mereka menerusi Zoom dan membuat tawaran tersebut.
Mereka bersetuju untuk melabur $2.5 juta dalam pemain dan fasiliti kelab dan juga menandatangani pajakan stadium selama 25 tahun supaya penyokong tahu mereka tidak akan memindahkan pasukan ini dari Wrexham.
Namun permainan sebenarnya adalah apabila mereka menerbitkan sebuah doku-siri ala Netflix berjudul ‘Welcome to Wrexham’ yang menunjukkan bagaimana operasi kelab dan segala perkara di belakang tabir kelab dan juga pasukan.
Musim pertama doku-siri itu mendapat sambutan luar biasa di dalam dan luar padang. Sejak ditayangkan di saluran FX pada Ogos lalu, rancangan itu menerima 97 peratus markah daripada penonton dan kini musim kedua bakal dihasilkan.
Wrexham menerima pendapatan yang cukup baik untuk perjanjian ini dengan $400,000 setiap jam untuk siri ini dan ianya mempunyai lapan episod yang memberikan jumlah keseluruhan $3.2 juta dalam pendapatan kelab.
Namun itu hanyalah sebahagian daripada kejayaan mereka sahaja. Wrexham kini di tangga kedua Liga Nasional dan akaun sosial kelab telah melonjak dengan Twitter meningkat dari 45,000 ke 209,000, Instagram dari 27,000 ke 208,000 dan TikTok dari 0 ke 459,00. Apa yang penting, Wrexham berjaya menukarkan peningkatan trend ini kepada pendapatan.
Hasilnya, Wrexham AFC berjaya menerima tajaan dari pelbagai syarikat seperti TikTok, Expedia, Vistaprint dan Aviation American Gin selain juakan untuk pas bermusim meningkat tiga kali ganda dengan 2,609 pas pada 2019 ke 5,892 pas pada 2021 dan naik ke 6,820 pas pada 2022 yang menunjukkan usaha ini diterima masyarakat tempatan.
This weekend, don't miss the 4th Round #EmiratesFACup match between @Blyth_Spartans & @Wrexham_AFC
⚽️ Saturday | 8a ET | @ESPNPlus & ESPN2 pic.twitter.com/UJE0Kz8Czs
— ESPN PR (@ESPNPR) October 12, 2022
Strategi yang dilakukan ini juga menyediakan kelab ini kepada capaian global yang lebih luas, sesuatu yang tidak pernah dicapai oleh Wrexham AFC sebelum ini. Sebagai contoh, perlawanan kelayakan Piala FA antara Wrexham dan Blyth Spartans pada Sabtu akan disiarkan secara langsung menerusi ESPN2 dan ESPN+ yang mencapai 100 juta penonton global.
Ini adalah contoh terbaik bagaimana seseorang mengambil alih aset sukan tempatan dan menggunakan pelan pemasaran strategik dan media kreatif untuk menjadikannya lebih global tanpa menggangu tradisi kelab.
Kejayaan ini bukan sahaja menguntungkan Ryan Reynolds dan Rob McElhenney malah ianya memberikan kesan yang baik kepada kesemua penyokong Wrexham AFC dan ini adalah bahagian yang paling indah.