PERAK FC mengumumkan dua lagi pemainnya yang menandatangani kontrak baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi kelab itu pada Sabtu, mereka yang menyarung jersi The Bos Gaurus ialah penjaga gol, Syazwan Syazany dan penyerang, Alif Zikri
“Semoga terus berjaya bersama Perak FC,” kata kenyataan Perak FC.
Tinjauan di Facebook kelab itu dapati rata-rata penyokong menyambut baik perkembangan terkini yang digerakkan Perak FC.
“Terbaik Perak FC. Membina pemain muda. Semoga banyak pelapis yang bakal isi wakil negara suatu hari nanti,” tulis seorang penyokong.