PERAK FC hari ini telah melancarkan jersi ‘home’ bagi musim 2024-2025. Jersi Kuning berjenama Cheetah ini akan dipakai oleh semua pemain Perak bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini

Lebih menarik, jersi ini turut dilengkapi oleh ‘QR Code’ yang membantu pembeli mendaftarkan nama sebagai pemilik rasmi.

Jersi ini dijual pada harga RM159 untuk “player issue” manakala RM39 bagi “fan issue”.

Penyokong Perak tidak melepaskan peluang bergambar bersama Adilet Kanybekov.

Selain pelancaran jersi pasukan, Perak turut memperkenalkan pemain import baharu iaitu Adilet Kanybekov daripada Kyrgyzstan.

Perak musim ini turut mengekalkan Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah serta pemain musim lalu Wan Zack Haikal dan Firdaus Saiyadi.

Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran dua orang lagenda bola sepak Perak iaitu Datuk M.Karathu dan Chan Kok Heng.

Perak FC juga mengeluarkan tiga jenis pas bermusim dengan harga “early bird” iaitu SILVER (RM189), GOLD (RM300) dan BLACK (RM1250) dimana para penyokong yang membeli pas tersebut akan dapat menyaksikan kesemua perlawanan “home” yang membabitkan pasukan Perak FC.