BAGI peminat-peminat bola sepak, ketibaan temasya Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar pastinya ditunggu-tunggu.
Saingan 32 pasukan terbaik dunia itu bakal membuka tirainya pada 20 November ini.
Bagi tidak ketinggalan mengikuti lebih rapat mengenai setiap pasukan yang beraksi, sebuah majalah edisi khas ‘Qatar World Cup’ diterbitkan dalam bahasa Inggeris.
Pelbagai maklumat mengenai profil setiap pasukan, senarai pemain bintang, jurulatih dan lain-lain diisi dalam majalah dengan mempunyai 168 muka surat.
Apa yang menarik, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan ucapan sempena kempen Piala Dunia 2022 memandangkan baginda mantan pemimpin bola sepak negara.
Peminat-peminat bola sepak pastinya tidak mahu ketinggalan untuk memiliki majalah khas ini dan boleh dapatkannya dengan menekan pautan di Lazada dan Shopee dengan harga RM60.00 senaskah.