MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet negara yang sanggup berjuang bermati-matian pada temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam yang baru sahaja melabuhkan tirai.

Susulan daripada itu, beliau mengumumkan kenaikan elaun yang diberi elaun penambahan untuk pingat perak dan gangsa namun emas kekal dengan kadar yang sama.

Kadar elaun bulanan atlet Sukan SEA kekal dengan RM2000 untuk pingat emas,  pingat perak, RM 800 dinaikkan kepada RM1500 dan gangsa dari RM 800 kepada RM1000.

 

Jelasnya, beliau menuntut semua memberikan persembahan terbaik dan sentiasa berusaha meningkat kan prestasi dari masa ke semasa.

Beliau turut menyeru semua atlet memberi fokus kepada kejohanan seterusnya iaitu Sukan Komanwel 2022 di Birmingham pada Julai depan yang pastinya menuntut lebih fokus dan disiplin yang tinggi.

Malaysia berjaya membawa pulang 39 pingat emas, 45 Perak dan 90 gangsa sekaligus melepasi sasaran yang diletakkan dengan 36 emas meskipun secara keseluruhannya prestasi masih hambar di tempat ke-6.