BEKAS bintang England, Danny Mills menegaskan bahawa usaha anaknya, George untuk memenangi emas di Sukan Olimpik adalah lebih besar berbanding memenangi Piala Dunia.

George yang kini berusia 25 tahun akan mewakili Great Britain dalam acara larian 1500 meter (m) dan 5000m di temasya berprestij Paris 2024 itu.

Danny Mills berkongsi bahawa ketika dirinya berusia 25 tahun, dia sedang bermain untuk England di Piala Dunia. Perjalanan yang sama akan dihadapi oleh anak lelakinya pada minggu hadapan.

Danny Mills bersama anak lelakinya, George.

“Kedua-dua pencapaian itu sangat baik, mewakili negara kita di pentas terbesar.

“Tetapi saya masih perlu katakan kepada orang ramai bahawa Sukan Olimpik lebih besar daripada Piala Dunia. Pada skala global, Sukan Olimpik sangat besar.

“Saya melakukannya dengan baik, bermain lima perlawanan di Piala Dunia 2002. Tetapi apa yang George harap untuk capai akan melebihi itu,” ujar Danny Mills kepada akhbar DailyMail.