KARATEKA berpengalaman R.Shamendran terus mendominasi acara karate Kumite bawah 75 kilogram (kg) di temasya Sukan SEA, apabila meraih pingat emas kategori sama buat kali keempat berturut-turut.
Bagaimanapun, usaha mempertahankan pingat emas kali ketiga itu tidak hadir dengan mudah apabila diberi tentangan sengit daripada Sot Panith dari Kemboja, sebelum menang 6-5.
Pada perlawanan akhir itu, ternyata pengalaman yang ada pada Shamendran membezakan kedua-dua karateka, malah sokongan padu di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.
“Saya tidak sangka Sot bangkit menyerang bertali arus, dia seorang yang berpotensi,” kata Shamendran.
Kemenangan empat pingat emas di empat edisi Sukan SEA membolehkan Shamendran mengatasi pencapaian jurulatih kebangsaan R.Puvaneswaran yang tidak pernah tewas sejak 2005 hingga 2009.
Sharmendran mula memenangi pingat emas Sukan SEA sejak tahun 2017 di Kuala Lumpur sehingga sekarang.