ENGLAND dan Belanda menjadi pasukan dari Eropah pertama mendarat di Qatar pada Selasa.

Selepas tersingkir pada separuh akhir empat tahun lalu,  skuad kendalian Gareth Southgate yang diketuai Harry Kane dilihat berkobar-kobar memburu gelaran kedua Piala Dunia setelah kali terakhir mendakap piala terulung pada 1966.

Biarpun dilanda prestasi turun naik, rata-rata penyokong tetap mahukan England kembali mengancam gergasi dunia Eropah yang lain.

“Keseronokan kini meningkat dalam kalangan semua orang. Kami gembira berada di sini dan tidak sabar untuk berada di padang latihan,” kata Kane.

Manakala, Belanda pula tampil dengan jurulatihnya, Louis van Gaal yang sentiasa bersemangat memulakan aksi di Piala Dunia buat edisi di Qatar tahun ini.

“Hello @FIFAWorldCup, kami sudah di sini! Tidak sabar untuk bermula!” kata pasukan Belanda menerusi Twitter bersama gambar ketibaan.

Belanda merupakan naib juara 2010 dan pemenang tempat ketiga empat tahun lalu tetapi tidak layak untuk kejohanan pada 2018 di Rusia.

Sementara itu, juara bertahan Perancis dan juara dua kali, Argentina dijangka tiba di Qatar pada Rabu.