ERLING Haaland hatrik lagi. Kali ini dalam kemenangan besar 6-0 City ke atas Nottingham Forest.
Tiga gol lain dicetak oleh Julian Alvarez (dua gol) dan Joao Cancelo.
Erling Haaland hat-trick 💙pic.twitter.com/VzxmLZTUJu
— GoncaloDias17 SCCP (@goncalo_diass17) August 31, 2022
Haaland kini sudah merakam gol alam lima perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).
Jumlah golnya kini sudah mengatasi rekod Sergio Aguero dengan lapan gol dalam lima aksi awal bersama Man City.
Haaland adalah pemain keempat The Citizens yang melakukan hatrik dalam satu musim EPL. Sebelum itu, ada Sergio Aguero (empat kali semusim), Raheem Sterling dan Carlos Tevez.
Haaland saat ini muncul penjaring terbanyak liga dengan sembila gol.
“Saya tidak boleh berkata apa-apa lagi, amazing. Semuanya berjalan lancar, kami lakukan segala rancangan dengan baik,” kata Haaland seperti dipetik dari BT Sport.
Sepanjang karriernya, Haaland sudah membuat 14 hatrik ketika bersama kelab lama, Borussia Dortmund dan dalam pasukan kebangsaan Norway.
Usia Haaland baru 22 tahun, dan dijangka akan melakukan tsunami hatrik lagi !