SKUAD  England dibayangi rekod buruk pada perlawanan pertama Piala Eropah ketika menentang Serbia dalam Kumpulan C Euro 2024 di Stadium AufSchalke Arena,awal pagi Isnin.

Perlawanan pertama ini penting untuk England. Sebagai pasukan yang menjadi pilihan untuk memenangi Euro 2024, England mesti menang ke atas Serbia.

Permulaan yang baik boleh meningkatkan keyakinan pasukan Gareth Southgate dalam mengemudi Piala Eropah 2024 Selain itu, pesaing England, yang menjadi pilihan untuk menang, seperti Jerman, Sepanyol dan Itali, yang berjaya meraih kemenangan pada aksi pembukaan.

Sejak muncul di Euro pada edisi 1968 di Itali, England hanya menang sekali dalam perlawanan pertama mereka iaitu pada Euro 2020 apabila menewaskan Croatia 1-0.

 

Harry Kane – yang mengetuai rakan sepasukannya ke final Euro 2020 – mengakui bahawa masih ada keyakinan di hati mereka walaupun negaranya tidak memenangi trofi sejak Piala Dunia 1966. Dia percaya bahawa dengan skuad semasa, pasukannya boleh pergi lebih jauh lagi di Piala Eropah 2024.

“Skuad ini adalah antara yang terbaik, jika bukan yang terbaik, yang kami ada. Kami mempunyai beberapa bakat muda yang luar biasa yang datang tanpa rasa takut dan hanya mahu memegang bola dan bermain,” kata Kane, memetik daripada berita rasmi UEFA.

The Three Lions telah seri lima kali dan tewas empat kali. England juga gagal empat kali dalam peringkat kumpulan dan lima kali mara ke peringkat kalah mati.

Harry Maguire, John Stones, Jadon Sancho, Jack Grealish and Marcus Rashford

IMBAS KEMBALI..England tewas menerusi sepakan penalti sekali lagi: Harry Maguire, John Stones, Jadon Sancho, Jack Grealish dan Marcus Rashford merasai kekalahan pahit.

Pencapaian terbaik England dalam Piala Eropah ialah naib juara pada 2020 selepas tewas menerusi sepakan penalti kepada Itali.

England sendiri hanya pernah bertemu Serbia sekali dalam semua pertandingan. England memenangi satu-satunya perlawanan dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan persahabatan pada tahun 2003.

Pada perlawanan pagi Isnin nanti, kemungkinan Declan Rice (Arsenal) akan bergandingan dengan Trent Alexander-Arnold (Liverpool) di tengah padang. Sementara itu di bahagian pertahanan, jurulatih England, Gareth Southgate berpeluang menggabungkan John Stones, yang sedang sakit, dengan pertahanan Crystal Palace, Marc Guehi.