RAJA Charles terus memuji Gareth Southgate meskipun England gagal menjuarai Euro 2024 setelah tewas kepada Sepanyol pada perlawanan akhir, pada Isnin.

England sekali lagi gagal memenangi Piala Eropah. Pada perlawanan akhir Euro 2024 di Stadium Olimpia, Berlin, England kecundang 1-2 kepada Sepanyol.

The Three Lions ketinggalan dengan satu gol selepas Nico Williams membolosi gawang dikendali Jordan Pickford pada minit ke-47.

Cole Palmer memberi harapan kepada England dengan jaringannya pada minit ke-73. Bagaimanapun, jaringan Mikel Oyarzabal pada minit ke-86 mematahkan harapan England untuk memenangi Euro buat kali pertama.

Ini adalah kali kedua England gagal memenangi Piala Eropah berturut-turut selepas tewas pada Euro 2020 menerusi penentuan penalti kepada Itali.

Walaupun gagal memenangi Piala Eropah sekali lagi, Raja Charles tetap memberikan sokongan kepada Harry Kane dan rakan-rakannya serta memuji Gareth Southgate dalam sepucuk surat.

“Walaupun kemenangan mungkin bukan milik anda malam ini, saya dan isteri menyertai seluruh keluarga saya dalam menggalakkan anda dan pasukan sokongan anda untuk kekal teguh,” kata Charles dalam catatan media sosial untuk The Royal Family.

“‘Sesiapa yang telah menyertai aktiviti sukan di mana-mana peringkat akan tahu betapa putus asanya apabila hadiah itu begitu hampir,” tambah Charles.

England dan Southgate juga mendapat simpati ikhlas daripada Empayar British. Pada kesempatan ini Charles turut mengucapkan tahniah kepada Sepanyol.

“Tetapi harap maklum bahawa kejayaan anda mara ke final Piala Eropah adalah pencapaian yang luar biasa dengan sendirinya, dan merupakan salah satu kebanggaan negara yang akan terus mengaum untuk Three Lions hari ini – dan dalam banyak kemenangan yang saya tidak ragukan,” kata Charles.