TERDAPAT  tiga pasukan yang berpotensi menyusul Jerman ke Pusingan 16 Euro 2024 malam ini dan awal pagi esok. Siapa mereka?

Jerman menjadi pasukan pertama yang mengesahkan tempat kalah mati selepas menewaskan Hungary dengan keputusan 2-0.

Beberapa pasukan lain juga berpeluang mengikut jejak langkah tuan rumah. Berikut adalah tiga pasukan yang boleh melangkah ke Pusingan 16.

1. England

England sudah mengumpul tiga mata di tangan. Dalam kedudukan kumpulan C, England kini mendahului dengan kelebihan dua mata berbanding Slovenia dan Denmark.

Tengah malam ini, England akan berdepan dengan Denmark. Jika England berjaya menewaskan Denmark, mereka akan mengumpul enam mata daripada dua perlawanan. Rekod tersebut sudah cukup untuk England mengesahkan tempat di pusingan 16.

 

2. Sepanyol

Sepanyol sudah mempunyai tiga mata di tangan. Keputusan seri antara Croatia dan Albania memastikan bahawa Sepanyol boleh layak ke pusingan 16 awal pagi esok jika mampu menewaskan Itali.

Kemenangan ke atas Itali akan menjadikan Sepanyol mengumpul enam mata. Rekod tersebut juga akan memastikan Sepanyol menjadi juara kumpulan B.

3. Itali

Kedudukan Itali serupa dengan Sepanyol. Gli Azzurri kini mengumpul tiga mata di tangan dan kemenangan ke atas Sepanyol akan membawa mereka ke pusingan 16.

Status juara kumpulan B juga akan dipegang oleh Itali jika mereka menewaskan Sepanyol. Atas kertas, akan membuatkan Itali bertemu dengan lawan yang lebih mudah di pusingan 16.

 

FOTO: EURO 2024