AKSI Kumpulan D saingan Euro Wanita 2022 menyaksikan Perancis mengukuhkan cengkaman di takhta kumpulan apabila menundukkan Belgium 2-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium New York.

K. Diani dan Mbock Bathy muncul pencetak gol Les Bleus dengan dua jaringan bagi memastikan Perancis membenam skuad Belgium dalam aksi yang berlangsung seimbang. Manakala gol Belgium pula disumbat J. Cayman.

Perlawanan awal pagi tadi turut dihiasi kad merah apabila bola terkena tangan pemain Belgium, A. Tysiak mengakibatkan dia dibuang padang pada minit ke 89.

Bagaimanapun, Renard gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila dia gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut meletakkan kedudukan 2-1 kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, satu lagi aksi kumpulan D, Italy bertemu Iceland di Stadium Akademi Manchester City berkesudahan seri 1-1, dengan keseluruhan perlawanan di dominasi Itali.

Keputusan itu menyaksikan satu lagi slot ke suku akhir masih lagi terbuka buat Itali, Iceland dan Belgium menjelang perlawanan terakhir peringkat kumpulan D apabila ketiga-tiga pasukan hanya dibezakan dengan perbezaan mata yang begitu dekat.