KELAB Manchester City dan Chelsea bimbang tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas pengurangan 10 mata Everton.
The Toffees baru-baru ini dikenakan hukuman 10 mata kerana melanggar peraturan permainan adil kewangan (FPP). Mereka kini berhadapan dengan tuntutan pampasan besar dari Leeds, Leicester, Southampton, Nottingham Forest dan Burnley.
Pakar undang-undang telah memberi amaran kepada City milik Pep Guardiola yang dikenakan 115 pertuduhan FPP pada Januari dan Chelsea yang sedang disiasat berhubung perpindahan pemain semasa di bawah kendalian Roman Abramovich, boleh disingkirkan daripada peringkat teratas liga.
Peguam sukan terkemuka, Stefan Borson, bekas penasihat kewangan kepada pemenang treble City berkata jika kelab-kelab itu disabit kesalahan, sebarang hukuman boleh menyebabkan penyingkiran.
4 – The only team to avoid relegation in a Premier League season when having four or fewer points after 12 games was Everton in 1994-95. Deduced. pic.twitter.com/9KPayJSN37
— OptaJoe (@OptaJoe) November 17, 2023
Dia berkata: “10 mata untuk Everton terasa berat bagi perlanggaran FPP yang jelas. Tetapi ini mengukuhkan sekatan terhadap City dan sekarang Chelsea akan berpotensi mendorong penyingkiran.”
Peguam lain, Simon Leaf, ketua sukan di Mishcon de Reya dan pengarang bersama bab mengenai peraturan kewangan dalam bola sepak dan undang-undang menambah: “Ini adalah momen penting dalam sejarah Liga.”
“Ia akan menyebabkan kejutan, terutamanya di bilik pengurusan Chelsea dan Manchester City. Ini adalah kali pertama Liga Perdana Inggeris telah mengenakan pengurangan mata atas pelanggaran FPP dalam sejarahnya.”
Bagaimanapun, City telah menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan melantik KC Lord Pannick sebagai pembela kelab itu. Chelsea pula sebaliknya, mengutarakan isu-isu yang berlaku semasa Abramovich di Stamford Bridge selepas tinjauan dalaman oleh pemilik baharu kelab.
Sebuah suruhanjaya bebas telah mengenakan penalti mengejutkan ke atas Everton selepas perbicaraan selama lima hari secara tertutup.
The Toffees didapati memperdaya ketua-ketua liga dan melanggar peraturan liga berhubung kerugian yang melanggar had £105 juta (RM611.2 juta) yang dipersetujui selama tiga tahun dengan £19.5 juta (RM13.5 juta).
Namun, hukuman bagi satu pelanggaran akan menimbulkan kebimbangan melibatkan ketua City dan Chelsea, yang kedua-duanya sedang disiasat atas tuduhan kesalahan selama beberapa tahun.
Jawatankuasa tiga orang yang dipimpin oleh David Phillips KC, berkata: “Kesalahan yang dilakukan Everton merupakan satu kesalahan besar. Ini adalah pelanggaran serius yang memerlukan hukuman penalti yang signifikan.
“Kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa kegagalan mematuhi rejim ini disebabkan oleh Everton yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil risiko bahawa perkara akan berakhir dengan baik. Tambahan pula, Everton kurang jujur dalam pengurusan dengan Liga Perdana Inggeris berhubung isu kepentingan stadium.”
Ia juga akan memberi kesan kepada pemilik Toffees, Farhad Moshiri, yang telah melabur £750 juta (RM4.37B). Bakal pemilik baharu, 777 Partners berkata kemungkinan pengurangan mata dan penyingkiran telah ‘diperhitungkan’ dalam jumlah jualan akhir.