BEKAS penyerang Manchester United, Patrice Evra mendedahkan dia pernah mengedar dadah, meminta sedekah di jalanan dan didera secara seksual oleh pengetuanya.

Sebelum ini , pemain berusia 40 tahun itu hanya berdiam diri, namun dalam autobiografinya, Evra telah membuat pengakuan secara umum Oktober tahun lepas.

Dalam satu rancangan BBC One Series: Freeze the Fear, bekas pemain pertahanan kelahiran Dakar, Senegal ini  mengimbau kembali apabila terpaksa memakan burger Big Mac yang dikutip dari tong sampah setelah ditinggalkan ayahnya pada usia 13 tahun.

Bagaimanapun, bola sepak telah menyelamatkan dia daripada episod tekanan mental yang dialaminya serta menyifatkan telah kehilangan kepercayaan kepada sesiapapun selepas didera secara seksual oleh pengetuanya sendiri.

Foto: Twitter Patrice Evra

“Pada usia 17 tahun saya telah pergi ke Itali. Saya masih ingat kami tiba di sana dan hanya duduk sepanjang masa. Mereka menyediakan makanan untuk kami.

“Didera secara seksual pada usia 13 tahun adalah kesan besar dalam hidup saya. Kamu hanya rasa malu mengenainya.

“Apabila anda tidak lagi percaya kepada pihak berkuasa kerana disebabkan guru besar saya, anda akan tidak percaya kepada sesiapa lagi,” tambahnya.

Untuk rekod, Evra telah lima kali menjuarai trofi Liga Premier bersama Red Devils selain mempunyai 81 kap dalam pasukan kebangsaan Perancis.

Manakala kelab pertama yang mula membawanya mengenali bola sepak adalah Marsala, Serie D Itali.