PERTEMBUNGAN Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC dianggap aksi sukar oleh Faisal Halim namun dirinya tetap mahu berikan segalanya untuk meraih tiga mata buat pasukan.
Pemain sayap Selangor FC itu secara jujurnya teruja untuk bertemu dengan Kedah kerana menilai lawan bukanlah calang-calang pasukan.
Malah, Faisal mempunyai hubungan yang baik dengan bekas jurulatih Nafuzi Zain semasa sama-sama memerah keringat untuk kelab Terengganu FC.
"Sejujurnya agak sukar untuk menghadapi perlawanan esok sebab ia bagaikan menentang coach Nafuzi sendiri, yang banyak bantu menaikkan nama saya dalam kancah bola sepak. Tetapi sebagai pemain kita kena sentiasa profesional & berikan persembahan yang terbaik,” kata Faisal.
[1/2] pic.twitter.com/oqeTKvwyB1
— Selangor FC (@selangorfc) May 23, 2023
“Saya tahu mereka banyak ramuan tersendiri dan sering bertukar-tukar taktikal.
“Saya juga agak rapat dengan coach Nafuzi kami dah lama bekerjasama sebelum ini, secara jujurnya saya rasa agak sukar untuk saya menghadapi perlawanan esok sebab ia bagaikan saya menentang coach Nafuzi sendiri.
“Beliau antara individu yang banyak membantu menaikkan nama saya dalam kancah bola sepak sebelum ini. Tetapi itulah bola sepak, sebagai pemain kita kena sentiasa profesional, saya akan berikan persembahan yang baik dan membantu pasukan untuk mendapatkan tiga mata penuh pada hari esok,” kata Faisal dipetik dari Selangor FC.
Sementara itu, berita baik buat kem Merah Kuning apabila kesemua para pemain bebas daripada kecederaan seperti dilaporkan Tan Cheng Hoe.