PENYERANG kebangsaan, Faisal Halim melancarkan koleksi jenama sendiri iaitu FH7.

Koleksi barangan FH7 akan dikeluarkan oleh syarikat pengedar koleksi barangan rasmi kelab-kelab Liga Malaysia, Ferhad Sports.

Menurut Pengarah Urusan Ferhad Sports, Redza Habib berasa yakin dengan keupayaan syarikatnya untuk menerbitkan barangan pemain yang mempunyai populariti yang cukup tinggi.

“Setelah beberapa tahun menjadi pengedar barangan rasmi kelab-kelab bola sepak di Malaysia semenjak 2016, ini kali pertama Ferhad Sports bekerjasama dengan pemain bola sepak tempatan untuk membantu memasarkan koleksi jenama peribadi beliau kepada peminat Faisal Halim,” katanya pada majlis pelancaran pada Rabu.

Sementara itu, bintang Selangor FC ini turut melahirkan rasa teruja dengan kerjasama ini.

“Saya bersyukur dengan sokongan yang diterima oleh peminat bola sepak sehingga ini dan saya berharap untuk berusaha meningkatkan lagi prestasi saya di dalam padang sementara mengintai peluang-peluang pengkomersilan sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Aeon BiG untuk menjadi salah satu saluran jualan pakaian jenama FH7.

“Keyakinan Ferhad Sports untuk mengeluarkan produk-produk jenama FH7  dan kesediaan Aeon BiG untuk menjadi salah satu saluran jualan akan terus membakar semangat saya untuk berusaha dengan lebih gigih,” kongsi Faisal.

Sebagai permulaan, hanya sepuluh koleksi barangan FH7 akan dikeluarkan dan dipasarkan, dengan rancangan untuk menerbitkan lebih banyak pilihan barangan pada masa hadapan.