PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menganggap bola sepak yang menjadi ejen hubungan serantau antara negara terus kukuh dengan hubungan dua hala negara-negara gabungan yang dijalinkan AFC dalam Persidangan Presiden dan Setiausaha Agung Ahli Gabungan dan Persatuan Serantau AFC 2023, di Tashkent, Uzbekistan.

Persidangan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selama dua hari bermula hari ini (7 Oktober 2023) hingga Ahad, 8 Oktober 2023 itu menyaksikan kehadiran 47 negara ahli gabungan menghadiri persidangan yang diadakan di Hotel Intercontinental, Tashkent.

Delegasi FAM diketuai Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan diiringi Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman.

“Industri bola sepak dianggap platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara negara khususnya ia mengambil hakikat bahawa bola sepak ialah ejen penyatuan dan sukan nombor satu di kebanyakan negara.

“Persidangan yang bermula hari ini menyaksikan Presiden dan Setiausaha Agung negara-negara ahli gabungan AFC berkumpul yang mana kami sama-sama dapat mengukuhkan lagi usaha kerjasama erat dalam membangunkan bola sepak di rantau ini,” kata Hamidin.

May be an image of 6 people, television, newsroom, dais and text that says "AFO MEMBER ASSOCIATIONS & REGIONAL ASSOCIATIONS SECRETARIES' PRESIDENTS' GENERAL CONFERENCE 2023 October 2023 Tashkent, Uzbekistan Sot fam.org.my BANKISLAM sunifI @FAMalaysiaOfficial B/G 0 al-ikhsan SPORTS @FAMalaysia EXTRAJOSS @FAM _Malaysia KL WONDA ORIGINA CAT SanctbandSm MILO"

 

 

May be an image of 7 people, dais and text

Selain itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John telah menyempurnakan majlis pembukaan persidangan bersama-sama Perdana Menteri Uzbekistan, Abdulla Aripov dan Presiden FIFA, Gianni Infantino yang juga turut hadir bagi menzahirkan sokongan.

 

May be an image of 3 people, newsroom and text

May be an image of 3 people, dais, newsroom and text

Pelbagai topik telah disediakan oleh AFC bagi persidangan ini yang merangkumi topik mengenai kepimpinan di dalam bola sepak, kuasa bola sepak sebagai pemangkin transformasi nasional, membentuk masa hadapan kepimpinan dan kejayaan di dalam kepimpinan bola sepak wanita.