MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi kepentingan nasional untuk memberhentikan tugas-tugas di luar padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tersebut untuk memberi laluan ke perlawanan akhir Piala FA, 10 September ini.

Sebelum ini, SBNJ diumumkan ditutup bagi proses pembaikpulih selepas aksi Kelayakan Piala Asia 2023 Jun lalu yang mendapat pelbagai kritikan kerana fasiliti di luar padang yang teruk.

Namun, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meminta untuk stadium tersebut digunakan sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022.

Suasana Majlis Perasmian Detik 30 Hari Menjelang Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

“Saya berpandangan adalah menjadi tanggungjawab Perbadanan Stadium Malaysia memberi kepentingan kepada hajat ini kerana ianya adalah kepentingan nasional, maka kita akan berusaha untuk memastikan kerja-kerja yang dijalankan, bukan padang seperti tandas dan sebagainya boleh dipercepatkan dan diberhentikan agar boleh digunakan untuk perlawanan akhir nanti.

“Disebelah luar stadium pada waktu yang sama semasa Final Piala FA diadakan, akan ada ‘funfair’ di kawasan tempat kereta akan berlangsung selama sebulan. Begitu juga pada tarikh  yang sama diadakan, ada konsert Dewa di sebelah Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kita terpaksa menutup Stadium Bukit Jalil, sebenarnya kita daripada awal memang hendak membuat kerja-kerja penambahbaikan.

‘Oyen’ sebagai maskot Sukma kali ini.

“Mengikut rancangan kami adalah pada bulan Mac tahun hadapan. Namun, apabila ada keperluan kita telah membenarkan stadium kita digunakan termasuk pada waktu pertandingan bola sepak kelayakan Piala Asia baru-baru ini.

“Apabila kita mendapat kecaman, walaupun sebelum pertandingan itu diadakan, ia telah dilawati oleh pihak yang hendak menggunakan padang dan mereka berpuas hati seadanya untuk digunakan.

“Kini, walaupun kita telah menutup pihak FAM telah menghubungi kita untuk buka stadium digunakan sebagai tempat perlawanan akhir Piala FA,” jelasnya kepada media selepas Majlis Menjelang Detik 30 Hari Sukma 2022 di Lobi Utama Stadium Nasional Bukit Jalil pada Rabu.

Artikel berkaitan:

SNBJ dipilih pentas final Piala FA 2022

Piala FA 2022 : PSM bagi jaminan SNBJ cukup bersedia untuk anjur perlawanan akhir