PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memanggil 40 pemain bagi kem latihan pusat dan pemilihan Fasa 1 bermula hari ini, 1 Februari hingga 12 Februari 2023 di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Pahang.

Kem latihan pusat ini sebagai persiapan menjelang Piala Asia B-17 2023 di Thailand dari 15 Jun hingga 2 Julai 2023.

Berdasarkan senarai pemain yang dipanggil menyertai kem 26 pemain terdiri dari pemain AMD,  Johor Darul Ta’zim IV (8) dan seorang dari skuad Projek FAM-MSN, Terengganu FC IV, Akademi Felda, Sekolah Sukan Negeri Pahang, SMK Chabang Empat Kelantan serta Melaka FC.

Skuad kendalian Osmera berjaya layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 2023 selepas muncul juara Kumpulan B pada saingan kelayakan di Jakarta, Indonesia, Oktober lalu selepas meraih tiga kemenangan iaitu ke atas Palestin 4-0, UAE 3-2 dan Indonesia 5-1 serta satu seri iaitu dengan Guam 1-1.