PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM), menerima kunjungan wakil dari Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sebagai tanda terima kasih atas bantuan yang diberikan pada Kejohanan Futsal Liga Sukan UNITI Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan 2022 di Bandar Baru Bangi, Selangor, Sabtu lalu (5 November 2022).

Kunjungan ke pejabat Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman itu telah diketuai oleh Ahmad Nazri Md Nor, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar & Hubungan Antarabangsa kementerian tersebut.

Selain kakitangan dari Unit Futsal FAM yang telah membantu dari segi teknikal pertandingan, pengadil-pengadil FAM turut bertugas di sepanjang kejohanan tersebut yang berjalan dengan lancar dan jayanya dengan pasukan Kedah muncul juara, diikuti Melaka selaku naib juara serta Johor dan Kuala Lumpur di tempat ketiga dan keempat.