MESYUARAT pertama Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2025-2029 telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.

Ia dipengerusikan oleh Presiden FAM yang baharu, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub dan dihadiri oleh kesemua baki 16 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM lain yang telah dipilih pada sesi pemilihan pada Kongres FAM Ke-61 2025 di Dorsett Grand Subang, Subang Jaya pada 15 Februari 2025.

Pada mesyuarat pertama itu, Joehari telah mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi setiap jawatankuasa tetap dan jawatankuasa ad-hoc bagi penggal baharu 2025-2029.

Joehari turut mengumumkan Datuk Noor Azman Hj Rahman kekal sebagai Setiausaha Agung FAM manakala Datuk Ismail Karim kekal sebagai Bendahari FAM.

 

JAWATANKUASA TETAP FAM

 

1. Jawatankuasa Darurat

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

 

2. Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

 

3. Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

 

4. Jawatankuasa Pertandingan

Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

Timbalan Pengerusi: Dato’ Zainal Abidin Hassan

 

5. Jawatankuasa Undang-undang

Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah

Timbalan Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob

 

6. Jawatankuasa Pengadil

Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

Timbalan Pengerusi: Tang Chee Hong

 

7. Jawatankuasa Bola Sepak Wanita

Pengerusi: Dato’ Suraya Yaacob

Timbalan Pengerusi: Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah

 

8. Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai

Pengerusi: Datuk Seri Hj. Rosmadi Ismail

Timbalan Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

 

9. Jawatankuasa Perubatan dan Sains Sukan

Pengerusi: Tang Chee Hong

Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Sugumaran A/L Parthasarathy

 

10. Jawatankuasa Status

Pengerusi: Saaran A/L Nadarajah

Timbalan Pengerusi: Mohd Azizudin Mohd Shariff

 

11. Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam

Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin

Timbalan Pengerusi: YB Haji Hishamuddin Abdul Karim

 

12. Jawatankuasa Keselamatan

Pengerusi: CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM)

Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan

 

13. Jawatankuasa Integriti

Pengerusi: Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Che Mat

Timbalan Pengerusi: Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki

 

14. Jawatankuasa Tiket dan Stadium

Pengerusi: Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin

Timbalan Pengerusi: Dato’ Haji Ismail Karim

 

15. Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan

Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

Timbalan Pengerusi: Dato’ Dollah Salleh

 

16. Jawatankuasa Pemasaran dan Penajaan

Pengerusi: Datuk Mohd Hisamudin Yahaya

Timbalan Pengerusi: CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri

 

B. JAWATANKUASA AD-HOC FAM

 

1. Jawatankuasa Hubungan dan Pembangunan Ahli Gabungan

Pengerusi: Datuk Wira Mohd Yusoff Hj. Mahadi

Timbalan Pengerusi: Datuk Kamarudin Hj. Hassan

 

2. Jawatankuasa Infrastruktur

Pengerusi: Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub

Timbalan Pengerusi: Dato’ Sivasundaram A/L Sithamparam Pillai

 

FOTO : FAM