RATU boling padang negara, Nor Farah Ain Abdullah mendedahkan bahawa dirinya sempat menuntut sebanyak mana ilmu yang mampu daripada para senior yang berada dalam industri sukan boling padang ini.

Farah yang berjaya membawa pulang piala dari Kejohanan (Indoor) Boling Padang Dunia di Guernsey, United Kingdom tempoh hari masih terkurung dalam bayang-bayang, seakan tidak percaya kemenangan yang dirangkul itu.

Menurut Farah, kejayaan yang dicipta itu merupakan hasil pembelajaran dan perkongsian ilmu daripada senior boling padang, dan juga para jurulatih yang sentiasa bersedia untuk membantu dirinya.

“Sebelum saya pergi ke kejohanan ini, saya banyak mengambil pengajaran dan ilmu daripada mereka yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.

Farah Ain yang beraksi di Kejohanan Boling Padang, Guernsey United Kingdom.

“Saya hanya mengikuti segala arahan mereka dan cuba set fikiran saya agar segalanya akan menjadi okay. Mereka lebih berpengalaman jadi saya wajar mendapatkan ilmu daripada mereka.

“Pada akhirnya, saya berjaya atasi sehala cabaran besar di sana dan mengalahkan juara dunia, naib juara dunia di sana. Alhamdulillah, kemenangan ini untuk mereka semua yang terlibat sepanjang perjalanan saya ke perlawanan,” ujar atlet muda berusia 23 tahun itu.

Tidak lupa juga, Farah mendedikasikan kemenangannya buat negara tercinta, Malaysia, pengurus, para jurulatih, dan pihak penaja yang terdiri daripada Affin Bank, Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri dan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Artikel Berkaitan: “Eh… aku mimpi ke?”, Farah Ain muncul juara boling padang dunia