PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) dan bekas pemainnya, Yazan Al-Arab menerima baik keputusan Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Pada Isnin, Jawatankuasa Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung seumur hidup pemain kelahiran Jordan itu daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia berikutan insiden menyepak pengadil sebelum ini.
Perkara ini telah didedahkan oleh Pegawai Operasinya, Aladdin Mostafa yang menyatakan bahawa pihak FAS juga akan mengambil pendekatan lebih realistik terhadap kes Yazan walaupun dia merupakan seorang pemain professional, tetapi tindakan berseloroh dengan menendang pengadil telah dianggap keterlaluan dalam bola sepak.
Namun begitu, Aladdin percaya bahawa pemain itu turut mengakui kesilapannya dan pihak FAS telah pun membuat perancangan untuk mengadakan satu sesi latihan mental buat pemain-pemain bagi mengekang isu ini daripada terjadi semula.
“Kami pihak pengurusan Selangor dan juga kelab-kelab lain di Malaysia juga perlu jadikan kes Yazan ini sebagai satu iktibar dan pengajaran untuk masing-masing meningkatkan lagi tahap kekuatan mental dalam diri.
“Kami juga pasti akan melakukan satu perkara untuk memantapkan lagi kekuatan mental pemain untuk menghadapi setiap perkara yang berada di luar kawalan semasa dalam tempoh perlawanan.
“Daripada kes ini juga, kami akan lebih ber rang pemain yang berkaliber seperti dia pun ‘ter’ buat juga kesilapan,” ujarnya kepada para pengamal media.
Yazan yang sudah pulang ke Jordan difahamkan sedang mempersiapkan diri untuk mewakili negara nya dalam Piala Asia Qatar 2023 dan pihak FAS turut gembira dengan destinas pemain itu seterusnya itu.
Sementara itu, pihak FAS juga mengharapkan rayuan yang bakal dibuat dapat mengurangkan hukuman kesalahan atas tiga insiden semasa perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 24 September lalu.
Aladdin menyatakan bahawa FAS lebih mengutamakan kelonggaran dalam hukuman penggantungan beberapa pegawai yang terlibat kerana watak mereka dianggap masih penting dan relevan dalam kelab Selangor FC itu sendiri.