PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) telah menganjurkan fasa kedua kursus kejurulatihan diploma ‘A’ bermula 11 hingga 14 Disember 2023 di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

Kursus fasa kedua ini merupakan sambungan daripada fasa satu yang telah diadakan di Terengganu pada Ogos lalu.

“Kursus selama lima hari itu memberi fokus kepada penilaian praktikal serta pembentangan teori dari peserta,” menurut kenyataan rasmi FAM.

May be an image of 8 people, people playing football, people playing American football and text
Kursus yang disertai 26 orang peserta dari seluruh negara ini dikendalikan oleh Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan FAM, Lim Kim Chon sebagai Instruktur Utama dan dibantu oleh Ketua Unit Belia FAM, Mohamed Razip Ismail serta Richard A/L Sinapan.
May be an image of 8 people, people playing American football, people playing football and text