KETUA jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner memberitahu dia tidak berminat untuk melayan khabar angin mengenai kaitan bekas jurulatihan Harimau Malaya yang ditimbulkan untuk mengambil alih tempatnya.
Sebelum ini timbul spekulasi nama Tan Cheng Hoe disebut menggantikan tugas sebagai ketua jurulatih Selangor FC ekoran prestasi ‘Yo-yo’ yang dipersembahkan Red Giants.
Feichtenbeiner menegaskan hanya akan fokus kepada perlawanan menentang KL City FC dan tidak berminat untuk melayan khabar angin tersebut dan hanya akan menyerahkan kepada pengurusan untuk membuat keputusan tentang status dan kedudukannya bersama pasukan tersebut.
Dalam pada itu pengendali kelahiran Jerman ini hanya mengulas mengenai kemenenagan menentang Penang FC yang merupakan suatu keputusan yang telah dijangka dari awal perlawanan.
“Ia merupakan perlawanan yang dijangka. Separuh masa pertama, Penang FC bertahan dengan baik, tetapi selepas 10 minit mereka bertahan sehabis mungkin.
“Saya beritahu anak buah saya sebelum perlawanan dan pada separuh masa pertama untuk bersabar,” ujarnya.
Feichtenbeiner juga menjelaskan Syahir Bashah dan Shahrel Fikri diturunkan dalam kesebelasan utama adalah disebabkan kemampuan dan kepercayaan yang dipamerkan pemain tersebut telah menarik minatnya untuk menyenaraikan mereka sebagai super-sub.
“Shahrel Fikri dan Syahir agak kecewa sebelum ini ketika dia ditukar tetapi saya terangkan kepadanya dan kita ada hubungan yang baik.
“Kepercayaan kepada Syahir semasa latihan menunjukkan gerakan yang menarik. Kita ada Shahrel Fikri, seorang pemain offensive yang sangat baik,” jelasnya kepada media selepas perlawanan.