BADAN bola sepak antarabangsa (FIFA) mengumumkan pada Isnin bahawa akan menggantung Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan itu ‘disebabkan pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga’, yang merupakan pelanggaran serius terhadap statut FIFA, kata badan induk organisasi itu.

India tidak akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA B-17 akan datang.

Penggantungan itu bermakna Piala Dunia Wanita B-17 FIFA 2022, yang dijadualkan berlangsung di India pada 11 hingga 30 Oktober 2022, dan tidak boleh diadakan di negara itu seperti yang dirancang.

Badan induk bola sepak dunia itu sedang menilai langkah seterusnya berhubung kejohanan itu.

FIFA berkata ia sentiasa berhubung dengan Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan di India dan berharap keputusan positif masih boleh dicapai.